Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, 27 October 2014

GST : Lima Insan Gelandangan Menjadi Kayu Pengukur




Semakin hampir dengan tarikh perlaksanaan, semakin agresif portal-portal berita dan blog-blog milik pro pakatan 'menyerang' sistem Cukai baharu yang bakal diperkenalkan di Malaysia pada April 2015. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan sistem cukai yang sediada yang mengamalkan sistem cukai berganda.

Apabila agresif dan cuba menjadi portal berasaskan berita popular atau berita yang panas maka secara sedar atau tidak, penulis-penulis ini terjerut leher mereka dengan kebodohan sendiri. Paling memalukan apabila penulis sesuatu berita berkenaaan isu yang penting, contohnya isu yang melibatkan dasar kepentingan ekonomi negara, penulis-penulis sebegini gagal membuat kajiselidik yang berfakta. Mereka terkepung dengan dunia pemikiran yang sempit dan doktinisasi politikkan segala isu yang ada.

Sumber rujukan amat penting bila kita mengulas dan mengolah sesuatu berita atau rencana bila berkait dengan isu ekonomi negara. Penulis perlu faham konsep sesuatu perkara terlebih dahulu dan bukannya mengejar rating bacaan yang ternyata "kosong" ilmiahnya bagi pembaca mendapat menafaat.

Penulis ini diperingkat awal lagi cuba mengheret rakyat dengan menimbulkan rasa curiga kepada kepimpinan dan pentadbiran Kerajaan yang memerintah sekarang. Beliau cuba menarik simpati dari pembaca kononnya golongan gelandangan adalah golongan yang tercicir dari arus pembangunan dan perkembangan ekonomi yang baik di Malaysia.

Siapa golongan gelandangan?

Mereka adalah golongan yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.

Adakah penulis-penulis portal pro pembangkang lupa pengertian "Siapa itu gelandangan?" atau dengan sengaja berniat buruk untuk menyebarkan dakyah bahawa golongan ini adalah golongan yang dipinggirkan kerajaan yang memerintah?

Sepatutnya penulis portal ini mengetahui bahawa mereka adalah bukan golongan yang miskin kerana himpitan hidup asalnya. Tanyalah mereka, sesetengah dari mereka mempunyai taraf pendidikan yang baik namun atas beberapa faktor seperti faktor keluarga, mereka membawa diri ke kota metropolitan dan hilang minat untuk berkerjaya seperti orang lain yang datang berhijrah demi untuk membaiki taraf hidup mereka dan taraf hidup keluarga yang ditinggalkan di kampung.

Paling lucu, majoriti golongan gelandangan ini mempunyai telepon bimbit yang mana orang kampung yang miskin belum tentu mampu memilikinya.

Apakah penerangan yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat tentang "Apa Itu GST" di media elektronik dan media cetak arus perdana tidak sampai ke pengetahuan penulis portal ini? Baru sahaja minggu lepas, kerajaan telah gazetkan kepada umum senarai barangan keperluan harian yang tidak dikenakan GST.

Kesimpulannya penulis portal ini gagal sepenuhnya dalam usaha memesongkan pemikiran rakyat melalui tuduhan yang tidak berasas dan gagal memahami bahwa GST hanya dikenakan kepada golongan yang berkemampuan sahaja.

Sumber yang digunakan oleh penulis dengan bersandarkan golongan gelandangan kononnya takut untuk menghadapi sistem percukaian baharu ini adalah salah sama sekali dan mencemarkan kredibiliti portal pro pembangkang.

Sepatutnya penulis bertanyakan soalan begini, apakah jawapan golongan gelandangan bila kita bertanyakan :

1. Kenapa tidak berkongsi menyewa bilik 
2. Kenapa tidak kekal bekerja di satu-satu tempat

Mungkin penulis sengaja menutup cerita sebenar bahawa golongan ini mendapat makanan percuma hampir setiap hari. Perlukah mereka resah memikirkan GST?

Bertanya biarlah pada yang arif, bersandar biarlah pada yang teguh dan menulis biarlah yang benar walaupun pahit.






Apakah Sebenarnya Disebalik Bantahan Kepada GST?




 

Tiada siapa suka membayar cukai. Tiada siapa suka wang di kocek di rampas. Rasa marah kerana terpaksa membayar cukai adalah satu sentimen yang biasa: bertambah parah apabila diberitahu cukai itu diambil oleh sebuah kerajaan yang jahat.

Pakatan Rakyat sebagai barisan pembangkang, arif yang perasaan marah kerana cukai boleh direncanakan sebagai sentimen anti-kerajaan. Justeru, bantahan terhadap GST dan memerah segala keuntungan politik daripada bantahan tersebut.

Pakatan Rakyat mendakwa GST adalah satu sistem cukai yang tidak adil dan merupakan satu beban kepada rakyat. Kononnya, GST dilaksanakan untuk menampung sebuah kerajaan yang boros. Mereka sering mengulang-ulang ungkapan bahawa GST akan membuat “yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya”. Mereka mengambil pendirian sedemikian untuk meraih sokongan dari golongan rendah dan pertengahan yang menjadi golongan pengundi yang terbesar.


Adakah watak-watak dalam PR sememangnya menentang GST?

Pada Oktober 30, 1992, Ketua Pembangkang yang ketika itu Menteri Kewangan telah mengumumkan GST dalam Bajet 1993. Beliau mencadangkan GST kerana pada pendapat beliau GST adalah satu sistem cukai yang adil dan efisien. Tetapi, hari ini beliau mempunyai pendapat yang bertentangan mengenai GST.

Adakah kebaikan-kebaikan GST telah berubah sejak dari 1992? Atau kedudukan Menteri Kewangan tersebut telah berubah dalam arena politik tanah air sejak 1992?

Semasa membentang Bajet Alternatif 2015, PR telah mencadangkan CGT sebagai ganti kepada GST. Adakah itu satu cadangan yang viable? Atau semata-mata kerana hanya ingin membuat cadangan yang berlainan?

Seakan-akan kanak-kanak di taman permainan, dimana satu kumpulan yang mempunyai sebiji bola mencadang untuk bermain bolasepak tetapi satu kumpulan lain yang tidak mahu dilihat sebagai pak turut mencadangkan untuk bermain besbol, walaupun tidak mempunyai kayu pemukul, sarung tangan dan bola besbol.

DAP Malaysia dan PAP Singapura mempunyai DNA yang sama. Mereka berkongsi satu pandangan-dunia, PAP telah melaksanakan GST di Singapura pada tahun 1994 tetapi DAP membantah pelaksanaan GST di Malaysia. Apa agaknya hujah-hujah orang-orang seperti Tony Pua, jika mereka berada dalam kerajaan Singapura ketika itu, untuk menyokong GST?

Parti-parti dalam PR terlalu tertumpu untuk menentang GST walau pun mereka sedia maklum bahawa lebih 160 negara telah melaksanakan GST. Mereka menentang GST kerana agenda politik yang sempit dan berkepentingan. Di dalam keasyikan untuk menjadi “pembangkang” mereka memilih untuk tidak mempedulikan kebaikan menyeluruh GST kepada rakyat dan negara.
Malaysia perlukan satu barisan pembangkang yang lebih berwibawa. 


Satu barisan pembangkang matang yang mengambil kira realiti ekonomi negara dan tanggungjawab fiskal kerajaan. Sebuah barisan pembangkang yang boleh bekerjasama dengan kerajaan untuk membuat GST lebih adil dan berkesan bukan nya hanya menabur kekeliruan dan keraguan kepada rakyat mengenai GST.

Wednesday, 1 October 2014

Ahli Parlimen Paling Bengap Dalam Malaysia

Walaupun bergelar 'DR', Ahli Parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar tidak boleh lari dari sifat-sifat bengap yang terdapat pada ahli-ahli parlimen pembangkang. 

Sebelum ini ramai yang mengatakan bahawa Mahfuz Omar adalah antara MP yang paling bengap kerana selalu buat kenyataan bodoh dan menggunakan perkataan Bahasa Inggeris yang salah seperti Launch untuk Lunch - makan tenghari. 


Hari ini ternyata beliau tidak keseorangan, D Jeyakumar telah masuk dalam senarai ahli-ahli parlimen bengap di Malaysia.


Saya merujuk kepada kenyataan beliau semasa demo anti GST siang tadi yang mengkritik Kementerian Kewangan. Katanya, Setiausaha Bahagian Percukaian MOF membuat kenyataan bohong apabila mengatakan rakyat yang berpendapatan RM2000 cuma akan membayar kira-kira RM46 GST. 



Bengap atau Putar Belit Fakta?
Sepatutnya (kata Jeyakumar) jumlah sebenar adalah RM120, kerana 6% daripada RM2000 adalah RM120. 

Jelaslah bahawa Jeyakumar tidak layak langsung bercakap mengenai GST kerana kebodohan dan kedangkalan beliau dalam memahami GST. Dalam sistem GST terdapat banyak barangan dan keperluan asas yang tidak dikenakan GST. Ini dikelaskan sebagai barangan 'Zero Rated'. 




Jika anda bergaji RM2000, sudah pasti kebanyakan dari gaji anda akan dibelanjakan pada barangan asas yang majoritinya tidak dikenakan GST. Sebab itu kiraan yang dibuat oleh MOF menyatakan bahawa cuma RM46 GST yang akan dibayar oleh golongan yang dalam jurang pendapatan itu. 

Dan kita semua perlu ingat, RM46 ini bukanlah cukai tambahan. Selama ini banyak barangan yang telah dikenakan SST yang kadarnya lebih tinggi. Mungkin cukai yang dibayar sebelum ini lebih dari RM46 tetapi kita tidak sedar kerana tidak tertulis dalam resit. 


Golongan dalam jurang pendapatan ini juga kebanyakkan dapat menerima bantuan-bantuan kerajaan seperti BR1M yang jika ditambah akan melebihi jumlah cukai GST yang dibayar dalam masa setahun. Mereka juga DIKECUALIKAN daripada cukai pendapatan. 


Maka, FAKTA GST membebankan rakyat adalah SALAH sama sekali! 



Antara Mereka Yang Lebih Bengap Kerana Mengikut Si Bengap