Monday 29 September 2014

Cegah Sebelum Parah, PDRM Sila Ambil Tindakan Terhadap JERIT.


Bermula esok, 1hb Okt sehingga 3hb Okt bakal berlangsungnya Persidangan dan Expo mengenai GST ( Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Konvensyen ini adalah sebahagian dari usaha agresif dan konsisten kerajaan pusat dalam usaha menerangkan kepada rakyat tentang peri pentingnya GST, regim cukai yang lebih telus dan efisyen yang bukan sahaja bermanafaat kepada rakyat malah juga membantu kerajaan menguruskan ekonomi lebih baik.

Namun di sebalik usaha murni berterusan kerajaan ini, ada pihak yang cuba mensabotaj program ini dengan mula mencanang akan menyebarkan risalah songsang kononnya mereka lebih arif tentang "apa itu GST".

Seperti biasa, kumpulan ini akan berselindung di sebalik nama NGO yang mana tidak pernah di daftar di R.O.S, maka ianya pertubuhan haram.

Gambar Hiasan
Kalau kita perhatikan, mereka adalah wajah wajah yang sama yang terlibat dalam siri demostrasi haram yang selama ini seperti "Bersih", "Occupy", "Duduk dan Bantah" dan pelbagai label lagi demo haram. Tujuannya sama, sabotaj apa sahaja usaha yang dibuat oleh Kerajaan Pusat.

Kini mereka muncul dengan label baru, NGO yang dinamakan "JERIT" yang diketuai oleh Setiausaha Agong Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan.

Walaupun kumpulan ini mengatakan mereka hanya akan berada di pintu utama Pusat Konvensyen tersebut untuk mengedar risalah, kita khuatir jika diteruskan di situ, ia akan mendatangkan ketegangan dan mengganggu keselesaan peserta yang hadir.

Pertubuhan haram ini merancang untuk mengedarkan risalah anti-GST kepada pengunjung berdekatan pintu utama ekspo mulai pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.

Pihak PDRM sudah ada pengalaman dan rakyat Malaysia sudah melihat sendiri 'hasil' demo haram yang selama ini di buat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, akhirnya akan ada kejadian yang tidak diingini. Malah ada kejadian yang melibatkan kecederaan peserta dan juga ada petugas media yang menjadi mangsa.

Kumpulan ini lebih mempunyai niat dan kecenderungan untuk mencetuskan kekeliruan dalam usaha menghalang kebenaran daripada di­sebarkan maklumat yang tepat kepada pengetahuan rakyat.

Timbul persoalan, apakah wujud tangan ghaib yang mengarahkan S.Arutchelvan bersama kumpulan haramnya untuk menghasut rakyat mengenai usaha kerajaan dalam isu GST ini memandangkan beliau adalah orang penting dalam parti politik yang berwajah sosialis?

Cegah sebelum parah, kebebasan bersuara bukan bermaksud bebas menghasut apa sahaja.

No comments:

Post a Comment