Monday 27 October 2014

GST : Lima Insan Gelandangan Menjadi Kayu Pengukur




Semakin hampir dengan tarikh perlaksanaan, semakin agresif portal-portal berita dan blog-blog milik pro pakatan 'menyerang' sistem Cukai baharu yang bakal diperkenalkan di Malaysia pada April 2015. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan sistem cukai yang sediada yang mengamalkan sistem cukai berganda.

Apabila agresif dan cuba menjadi portal berasaskan berita popular atau berita yang panas maka secara sedar atau tidak, penulis-penulis ini terjerut leher mereka dengan kebodohan sendiri. Paling memalukan apabila penulis sesuatu berita berkenaaan isu yang penting, contohnya isu yang melibatkan dasar kepentingan ekonomi negara, penulis-penulis sebegini gagal membuat kajiselidik yang berfakta. Mereka terkepung dengan dunia pemikiran yang sempit dan doktinisasi politikkan segala isu yang ada.

Sumber rujukan amat penting bila kita mengulas dan mengolah sesuatu berita atau rencana bila berkait dengan isu ekonomi negara. Penulis perlu faham konsep sesuatu perkara terlebih dahulu dan bukannya mengejar rating bacaan yang ternyata "kosong" ilmiahnya bagi pembaca mendapat menafaat.

Penulis ini diperingkat awal lagi cuba mengheret rakyat dengan menimbulkan rasa curiga kepada kepimpinan dan pentadbiran Kerajaan yang memerintah sekarang. Beliau cuba menarik simpati dari pembaca kononnya golongan gelandangan adalah golongan yang tercicir dari arus pembangunan dan perkembangan ekonomi yang baik di Malaysia.

Siapa golongan gelandangan?

Mereka adalah golongan yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.

Adakah penulis-penulis portal pro pembangkang lupa pengertian "Siapa itu gelandangan?" atau dengan sengaja berniat buruk untuk menyebarkan dakyah bahawa golongan ini adalah golongan yang dipinggirkan kerajaan yang memerintah?

Sepatutnya penulis portal ini mengetahui bahawa mereka adalah bukan golongan yang miskin kerana himpitan hidup asalnya. Tanyalah mereka, sesetengah dari mereka mempunyai taraf pendidikan yang baik namun atas beberapa faktor seperti faktor keluarga, mereka membawa diri ke kota metropolitan dan hilang minat untuk berkerjaya seperti orang lain yang datang berhijrah demi untuk membaiki taraf hidup mereka dan taraf hidup keluarga yang ditinggalkan di kampung.

Paling lucu, majoriti golongan gelandangan ini mempunyai telepon bimbit yang mana orang kampung yang miskin belum tentu mampu memilikinya.

Apakah penerangan yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat tentang "Apa Itu GST" di media elektronik dan media cetak arus perdana tidak sampai ke pengetahuan penulis portal ini? Baru sahaja minggu lepas, kerajaan telah gazetkan kepada umum senarai barangan keperluan harian yang tidak dikenakan GST.

Kesimpulannya penulis portal ini gagal sepenuhnya dalam usaha memesongkan pemikiran rakyat melalui tuduhan yang tidak berasas dan gagal memahami bahwa GST hanya dikenakan kepada golongan yang berkemampuan sahaja.

Sumber yang digunakan oleh penulis dengan bersandarkan golongan gelandangan kononnya takut untuk menghadapi sistem percukaian baharu ini adalah salah sama sekali dan mencemarkan kredibiliti portal pro pembangkang.

Sepatutnya penulis bertanyakan soalan begini, apakah jawapan golongan gelandangan bila kita bertanyakan :

1. Kenapa tidak berkongsi menyewa bilik 
2. Kenapa tidak kekal bekerja di satu-satu tempat

Mungkin penulis sengaja menutup cerita sebenar bahawa golongan ini mendapat makanan percuma hampir setiap hari. Perlukah mereka resah memikirkan GST?

Bertanya biarlah pada yang arif, bersandar biarlah pada yang teguh dan menulis biarlah yang benar walaupun pahit.






No comments:

Post a Comment