Wednesday 22 October 2014

Pelaksanaan GST jauh dari lunas ekonomi Islam?

 

Timbul suara sumbang dari PAS mendakwa GST tidak mematuhi lunas ekonomi Islam. Berlandaskan kitab-kitab yang diragui ketulenan nya dan berhujah atas interpretasi yang mengikut selera sendiri, penulis telah membuat kesimpulan sedemikian.

Menggunakan ungkapan indah molek seperti PAS memperjuangkan kebaikan, kesejahteraan serta menghapuskan kejahatan, kesengsaraan dan kerugian, penulis telah menolak pelaksanaan GST.

Jika benar PAS memperjuangkan kebaikan, kesejahteraan dan menentang kejahatan, kesengsaraan dan kerugian, mengapa tidak dipraktikan di Terengganu (1999 - 2004), Kedah (2008 -2013) dan Kelantan (1990 - kini)?

Mengapa rakyat Terengganu dan Kedah menolak pemerintahan PAS hanya selepas SATU penggal? Adakah rakyat Terengganu dan Kedah memperjuangkan kejahatan, kesengsaraan dan kerugian dan menentang kebaikan dan kesejahteraan?

Memperalatkan hujah agama untuk mencari penyeselesaian isu duniawi amat berisko.

Pada pagi !0 April, 1920, Sheikh ul-Islam Turki, Durrizade Abdullah telah mengeluarkan fatwa bahawa menentang Mustafa Kemal adalah jihad. Pada petang hari yang sama, Mufti Ankara, Rifat Borekci beserta 49 Mufti-mufti Wilayah telah mengeluarkan fatwa bahawa menentang Sultan Mohamed VI adalah jihad. Selanjutnya telah menjadi bahan sejarah.

Keghairahan PAS mendukung lunas-lunas ekonomi Islam ini mungkin seangkatan dengan kesungguhan PAS menegak moraliti Islam. 

Berbagai-bagai sekatan dikenakan pada rakyat biasa hinggakan orang lelaki dilarang menonton acara sukan wanita. Tetapi apabila video Setiausaha Agung PAS berzina disebarkan, PAS mengambil jalan mudah dengan menuntut empat orang saksi dan terus membisu mengharapkan video tersebut luput dari ingatan rakyat. 

Mengapa PAS tidak menggunakan kaedah-kaedah teknologi terkini seperti teknologi pengecaman-muka dan pengecaman-suara untuk membuktikan video tersebut sebuah fitnah?

PAS jangan hanya mendendangkan ungkapan-ungkapan indah molek dan berselindung disebalek agama. Ketepikan janggut dan jubah, celak dan ketayap untuk sementara: cakap seperti bikin dan bikin seperti cakap.


Azrul Azrai
Sg. Petani, Kedah.

No comments:

Post a Comment